Kempen & Derma

Sokong Aktiviti & Kebajikan Alumni

Selain yuran keahlian, persatuan menerima sumbangan sukarela daripada alumni dan mana-mana pihak untuk membiayai aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan sekolah. Setiap sumbangan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan persatuan.

Tujuan Dana

Ke Mana Sumbangan Anda Pergi

Tabung Kebajikan Alumni

Membantu ahli dan keluarga yang memerlukan, serta menyokong program kebajikan warga Faris Petra.

Sumbangan kepada Sekolah

Menyumbang kepada keperluan dan kepentingan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

Kempen & Program Khas

Membiayai aktiviti, program dan kempen khas yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh persatuan.

Kempen Semasa

Kempen Wakaf Bas Faris Petra

Kempen Wakaf Bas Faris Petra
Kempen Aktif

Setiap Kilometer, Mengalir Pahala

Kempen rasmi pembelian bas baharu untuk SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra — demi keselesaan dan keselamatan generasi Farisian dalam program akademik dan kokurikulum.

Terkumpul
RM184,166
Sasaran
RM645,000

28.6% daripada sasaran · sumbangan terakhir 21 Nov 2026

Sumbang online di halaman kempen, atau melalui akaun rasmi persatuan di bawah dengan rujukan Wakaf Bas – Nama – Batch.

Lihat Kempen & Sumbang →
Sumbangan Am

Cara Menyumbang

1

Buat pemindahan

Salurkan sumbangan ke akaun bank rasmi persatuan seperti di sebelah.

2

Kongsi bukti

Hantar bukti pembayaran beserta nama dan tujuan sumbangan kepada urus setia melalui WhatsApp atau alumni@farisian.net.

3

Terima pengesahan

Setiap sumbangan direkodkan, diakui dan dilaporkan dalam Penyata Kewangan Tahunan persatuan.

Bank
Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun 12070007834718 Nama Pemegang Akaun
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA MALAYSIA

Ketelusan dana: Selaras dengan perlembagaan persatuan, semua sumbangan dan dana yang diterima adalah sah, tidak bertentangan dengan undang-undang negara, dan diisytiharkan dengan jelas di dalam Penyata Kewangan Tahunan Pertubuhan. Hasil kegiatan ekonomi digunakan sepenuhnya untuk kepentingan dan aktiviti persatuan dan tidak diagihkan kepada mana-mana ahli.

Ingin Menyumbang atau Bertanya?

Hubungi urus setia untuk maklumat tujuan dana, atau untuk menganjurkan kempen kutipan bersama persatuan.

Scroll to Top