Kuota Alumni – Kemasukan Tingkatan 1 SMSTMFP Tahun 2027
Kuota Alumni Faris Petra bagi kemasukan ke Tingkatan 1, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) untuk tahun 2027. “Kembali Berbakti, Membina Generasi”
Apa Itu
Kuota Alumni?
SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra merupakan salah satu daripada sembilan belas (19) SBP yang mendapat kuota kemasukan pelajar Tingkatan 1 tidak melebihi 10 tempat melalui pencalonan oleh Alumni. Namun, “10 tempat” ialah had maksimum, bukan bermaksud setiap sekolah semestinya mendapat atau mengisi kesemua 10 tempat. Calon melalui saluran alumni juga masih perlu memenuhi kriteria pemilihan KPM seperti PKSK dan kriteria berkaitan.
Langkah-Langkah Pencalonan
Daftarkan anak untuk menduduki ujian PKSK melalui Portal KPM.
Letakkan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra sebagai pilihan pertama.
Menyemak Keputusan Pusat Menduduki PKSK.
11 Sep – 22 Okt 2026Menduduki ujian PKSK. Pastikan anda muat turun softcopy sijil menduduki peperiksaan (yang mempunyai nombor pendaftaran).
12 – 22 Okt 2026Dapatkan dokumen-dokumen pentaksiran bilik darjah, pencapaian kokurikulum serta sijil yang berkaitan untuk anak anda.
Isi Borang Pencalonan Kuota Alumni (online) → Tarikh tutup: 20 November 2026. Muat naik Slip PKSK, Laporan Pentaksiran dan Cetakan Borang Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Khas.
Masukkan maklumat yang dikehendaki dengan tepat.
Anda akan dihubungi oleh urus setia melalui WhatsApp sekiranya diperlukan maklumat tambahan.
Persediaan anda (alumni) dan anak untuk ditemuduga oleh panel Alumni secara online. Slot masa temu duga akan dimaklumkan terus melalui nombor telefon yang didaftarkan.
21 – 25 Nov 2026Semak tawaran kemasukan ke SBP.
18 Dis 2026Syarat Kelayakan
Telah membuat permohonan secara online melalui portal PKSK KPM sebelum tarikh tutup.
SMSTMFP / Faris Petra mesti diletakkan sebagai Pilihan Pertama dalam permohonan.
Calon hendaklah menduduki Ujian PKSK pada tarikh yang ditetapkan oleh KPM.
Calon perlu memenuhi markah minimum / aras toleransi PKSK yang ditetapkan bagi pengambilan Tahun 2027.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai prestasi akademik dan kokurikulum yang baik, khususnya:
- PAJSK Gred A;
- pencapaian PBD yang baik, terutama TP6 dalam Matematik dan Sains;
- pencapaian lain yang berkaitan.
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Borang Pencalonan Kuota Alumni
Borang kini dibuka
Pencalonan dibuat secara online melalui Google Form. Sediakan salinan digital (PDF atau gambar, maksimum 10 MB setiap fail) dokumen yang disenaraikan di atas sebelum mula mengisi. Anda perlu log masuk akaun Google untuk memuat naik fail.
Tarikh tutup: 20 November 2026
Isi Borang Pencalonan →Penting
Calon yang berminat hendaklah memastikan Faris Petra dipilih sebagai Pilihan Pertama dalam permohonan PKSK. Kuota Alumni adalah tertakluk kepada syarat, penilaian dan keputusan pihak KPM/BPSBP.
Keputusan penerimaan kemasukan ke Tingkatan 1 dimuktamadkan melalui prestasi ujian PKSK dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak alumni tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kemasukan anak anda. Saluran kuota alumni ini adalah sebagai pemangkin bagi yang tidak memenuhi kriteria sampingan seperti keluarga B40 dan sekolah luar bandar.
Ada pertanyaan tentang Kuota Alumni?
Hubungi AJK Kuota Tingkatan 1 melalui e-mel alumni@farisian.net.
