Kempen Wakaf Bas Faris Petra: “Setiap Kilometer, Mengalir Pahala”
Salam Kemajuan & Salam Warga Faris Petra,
Sebagai alumni SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, kita semua pasti menyimpan pelbagai kenangan manis sewaktu menuntut ilmu di sekolah tercinta. Kini, tiba masanya untuk kita menyumbang kembali (giving back) demi keselesaan, keselamatan, dan kejayaan generasi muda Farisian yang sedang berjuang di gelanggang akademik mahupun kokurikulum.
Persatuan Alumni Faris Petra (AFP) kini menganjurkan Kempen Rasmi Pembelian Bas SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra bagi menyediakan kemudahan pengangkutan baharu yang amat diperlukan oleh pihak sekolah.
Perkembangan Semasa & Sasaran Dana
Hasil keperhatinan dan sokongan padu awal daripada 20 kumpulan pewakaf, kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM 184,156 (28.6% daripada sasaran).

Walau bagaimanapun, perjalanan kita masih jauh untuk mencapai sasaran keseluruhan sebanyak RM 645,000. Peratusan ini menunjukkan kita berada di trek yang betul, namun sokongan dan sumbangan daripada lebih ramai warga alumni amat-amat diperlukan untuk merealisasikannya.
- Jumlah Terkumpul: RM 184,156
- Sasaran Keseluruhan: RM 645,000
- Kemajuan: 28.6% (20 Kumpulan Pewakaf)
Peluang Wakaf Kerusi Bas: RM 15,000 / Seat
Bagi menggerakkan lagi kempen ini, alumni sama ada secara individu, berkumpulan (mengikut batch, persatuan, atau syarikat) dialu-alukan untuk menyertai pakej Wakaf Kerusi Bas pada nilai RM 15,000 per kerusi.
“Setiap kilometer bas ini bergerak membawa adik-adik Farisian ke pelbagai lokasi, anda mendapat saham pahala jariah yang berterusan.”
Bayangkan setiap perjalanan bas ini dalam menuntut ilmu, menyertai pertandingan, mahupun program kebajikan akan menjadi saksi sumbangan dan pelaburan akhirat kita bersama.
Bagaimana Anda Boleh Menyumbang?
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Alumni Faris Petra seperti maklumat di bawah:
- Bank: CIMB Bank
- Nombor Akaun:
8600 675 127 - Nama Akaun: Persatuan Alumni Faris Petra
- Rujukan (Reference): Sila tulis
Wakaf Bas - [Nama Anda] - [Batch] - [Seat # (jika ada)]
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, pengesahan transaksi, atau pendaftaran tajaan kerusi/kumpulan, sila hubungi:
- Bendahari AFP (Muhammad Arief Syafeeq): 013-514 5393
- Website Rasmi: Layari laman web baharu alumni di [alumni@farisian.net] untuk menyemak kemajuan terkini.
Mari kita berganding bahu, mengukuhkan tekad, dan membuktikan keutuhan ukhuwah warga Bumi Sakti. Semoga setiap sen yang diwakafkan menjadi amal jariah yang tidak putus-putus mengalirkan pahala buat kita semua.
#risetogether
Persatuan Alumni SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra Malaysia
